Pusat pelancongan swasta tunjuk minat sertai Melaka Bila Larut Malam

Masa Membaca:44 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Inisiatif Melaka Bila Larut Malam yang menawarkan kemasukan ke produk pelancongan pada harga istimewa pada Sabtu pertama setiap bulan semakin mendapat perhatian pusat pelancongan swasta.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kerajaan Negeri telah membuka pelawaan kepada pengusaha produk pelancongan swasta yang ada di negeri ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Insya-Allah kita akan umum penyertaan syarikat-syarikat swasta ini dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan,” katanya pada sidang media Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak, buat masa ini hanya Melaka Bila Larut Malam edisi Julai ditunda pada minggu kedua.

Manakala perancangan pada Ogos, September, November dan Disember kekal pada minggu pertama setiap bulan bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

588
Kongsi :
Previous post Kelantangan pembesar suara masjid, Melaka junjung titah Agong
Next post DUN Melaka lulus penubuhan Kumpulan Wang Amanah DHB
Ubah saiz-+=