Pesara ‘Navy’ ternak lembu sado

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 21 Jun – Selepas 21 tahun menjaga samudera negara, Abdul Rashid Md Yusop, 46, menjadikan aktiviti menternak lembu sado sebagai hobi dan punca pendapatannya yang baharu.

Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini berkara, minatnya terhadap lembu sado bermula sejak tiga tahun lalu.

Veteran TLDM ini memberitahu, disiplin dan pengalaman ketika bekerja banyak membantunya dalam menguruskan lembu sado yang bersaiz lebih besar serta berat berbanding ternakan baka tempatan.

“Alhamdulillah setakat ini di ladang saya ada 16 ekor lembu sado pelbagai jenis baka seperti limosin, chevrolet, belgium blue’ dan brahman.

“Lembu ini nampak menggerunkan kerana fizikalnya yang besar selain tanduk yang tajam, tetapi jika kena gaya ternakan ini sebenarnya manja,” katanya ketika ditemuiย  di tapak Melaka Agrofest 2024 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata, penjagaan lembu saya juga tidak sukar kerana haiwan itu lebih banyak makan rumput berbanding dedak atau sumber pemakanan lain.

“Kalau kita jaga seperti anak sendiri, pandai belai hasilnya lembu sado ini akan lebih jinak dan manja.

“Lembu yang saya bawa ke Melaka Agrofest 2024 kali ini diberi nama ‘Baba’ beratnya 700 kilogram (kg), sepanjang aktif dalam bidang ini lembu paling berat saya pernah bela adalah sekitar 800 kg,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Hari Perbandaran Ke-21 MPAG disambut penuh kesyukuran
Next post Lelaki tular pukul isteri direman empat hari
Ubah saiz-+=