Perluas pembudayaan ICT, Inovasi seluruh Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BANDA HILIR 23 Jun – Melaka akan memberi tumpuan penuh bagi memastikan pembudayaan teknologi ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) serta inovasi terus diterapkan dalam kehidupan masyarakat negeri ini.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, inisiatif itu akan diperkasakan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai badan pelaksana.

Jelas beliau, usaha itu penting bagi memastikan rakyat di bandar atau pedalaman tidak ketinggalan daripada menikmati impak positif perkembangan ICT.

“Penggunaan ICT masa kini dilihat semakin luas meliputi semua lapisan masyarakat baik di kota bandar mahupun luar bandar.

“Oleh itu, saya melihat usaha pendedahan ke arah penggunaan ICT ini menjadi satu keperluan yang amat penting selari dengan aspirasi kini dibawa oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sekali gus menyokong agenda pembangunan Kerajaan Negeri ke arah pendigitalan serta bandar pintar.

“Saya percaya, inovasi dan pembangunan dalam bidang digital bukan sahaja dapat menggalakkan revolusi industri selain transformasi teknologi tinggi, bahkan mampu membangunkan ekonomi negara seiring dengan era digitalisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikaย  berucap mewakiliย Ketua Menteri merasmikan Karnival ICT dan Inovasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2024 diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Terdahulu, penganjuran karnival yang memasuki edisi ketiga tahun ini sempen Hari Ulangtahun MBMB ke-21 dimeriahkan dengan pelbagai aktivitiย membabitkan penyertaan warga bandaraya, kakitangan MBMB, badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan terlibat.

Selain pameran dan jualan produk inovasi digital, turut berlangsung pelbagai pertandingan yang antaranya MBMB-UTEM Robochallenge; MBMB Push Bike Fun Race; MBMB ICT Hunt Challenge dan Jualan Laptop Murah.

Zulkiflee berkata, Melaka optimis bagi memastikan kesalinghubungan dalam teknologi digital terus diperkasakan di negeri ini dengan mengukuhkan ekosistem digital negara yang merentasi semua sektor industri.

“Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah meningkatkan kapasiti rangkaian telekomunikasi dan keupayaan infrastruktur sedia ada serta pembinaan menara telekomunikasi yang baharu.

“Kerajaan Negeri juga tekad untuk terus komited ke arah mentransformasi pembangunan masyarakat digital dan ekonomi digital yang mampan untuk rakyat negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

115
Kongsi :
Previous post MBMB perkasa agenda bandar pintar
Next post Kongsi ilmu hak harta pusaka
Ubah saiz-+=