Penyelam Malaysia maut semasa bersihkan kapal di Singapura

Masa Membaca:54 Saat

SINGAPURA, 19 Jun – Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan badan kapal di Eastern Anchorage, berhampiran East Coast, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata dalam kemalangan yang berlaku sekitar 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada satu daripada kipas bot sokongan penyelam.

“Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan โ€˜Surface-Supplied Diving Equipmentโ€™ (SSDE) atau โ€˜Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatusโ€™ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

MOM berkata peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

169
Kongsi :
Previous post Sidang DUN Melaka 9 hingga 11 Julai
Next post MPJ – UTeM laksana projek inovasi pakaian seragam
Ubah saiz-+=