Olimpik Paris 2024: Anak jati Ujong Pasir tekad beri yang terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 10 Julai – Beraksi semula di pentas Sukan Olimpik selepas kali terakhir lapan tahun lalu menjadi peluang untuk Johnathan Wong Guanjie membuktikan sesuatu kepada negara.

Atlet menembak dalam acara 10 meter air pistol itu menjadi atlet negara ketiga layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung bermula 26 Julai ini.

Menurut anak kelahiran Ujong Pasir itu, dia kini berada pada fasa persiapan terakhir sebelum dijadual berlepas ke Paris pada 21 Julai dan turun beraksi pada 27 Julai.

“Setakat ini segala persiapan berjalan lancar yang mana kami (kem menembak) banyak melakukan simulasi dan berlatih di Subang, Selangor.

“Pada edisi Olimpik Tokyo 2020 yang lalu, saya terlepas peluang untuk beraksi, jadi peluang kali ini akan saya manfaatkan untuk beri yang terbaik kepada negara dan juga Negeri Melaka,” kata atlet berusia 31 tahun itu.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Wang Saguhati Kepada Atlet Negeri Melaka Yang Layak ke Sukan Olimpik 2024 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Pejabat Ketua Menteri, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Sukan, Belia dan NGO negeri VP Shanmugam.

Selain Johnathan, dua lagi atlet kelahiran Melaka akan beraksi di pentas Olimpik Paris 2024 iaitu Aaron Chia (badminton/beregu lelaki) dan Toh Ee Wei (badminton/beregu campuran) yang masing-masing menerima wang saguhati RM3,000 setiap seorang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1867
Kongsi :
Previous post 654 perumahan mampu milik dibina di Semujok
Next post Melaka jadi negeri Gedung Pantun Negara
Ubah saiz-+=