Naik taraf rupa fizikal jejambat Bandaraya Melaka

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 1Mei  – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sentiasa melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan keindahan, keceriaan dan kebersihan kawasan pentadbirannya terjaga.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata antara antara yang dilaksanakan adalah projek naik taraf ‘paver’ jambatan dan jejambat laluan utama.

Katanya, projek tersebut dilaksanakan bagi menyambut kunjungan pelancong dari dalam dan luar negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Menerusi projek paver ini, kita sebenarnya sedang menaik taraf rupa fizikal Melaka di kawasan Bandaraya Melaka.

“Selain itu, tujuan pelaksanaan paver ini adalah untuk menceriakan kawasan terbabit, kerana jika tidak dilakukan naik taraf di situ, ia akan menjadi tempat pembuangan sampah dan lokasi vandalisme.

“Antara jejambat yang telah dilaksanakan kerja naik taraf adalah di jejambat Semabok, jejambat Cheng dan jejambat berhampiran Hospital Melaka serta beberapa lagi lokasi lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kerja naik taraf juga membitkan kawasan lain termasuk lokasi terpencil yang menjadi laluan pengunjung dan pelancong.

“Semua ini dilaksanakan secara berperingkat, keutamaan kami adalah kepuasan pengunjung, agar berasa selesa dan berasa seronok sepanjang berada di Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1381
Kongsi :
Previous post Pusat keagamaan lakukan aktiviti mencurigakan: 11 individu dipanggil bantu siasatan
Next post Daripada pensyarah jadi guru anak istimewa
Ubah saiz-+=