Motosikal menanti pengunjung bertuah MATTA Fair Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 09 Ogos – Sambil meninjau pakej percutian pada harga menarik, pengunjung singgah ke MATTA Fair Melaka 2024 berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal bernilai RM5,000.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata, hadiah cabutan bertuah menarik lain yang menanti pengunjung adalah televisyen pintar (smart TV), basikal elektrik dan percutian kapal persiaran mewah.

“Cabutan bertuah ini terbuka kepada pengunjung yang membeli pakej percutian bermula pada harga RM300, tawaran bermula hari ini hingga 11 Ogos nanti.

“Cabutan untuk mencari pemenang hadiah akan dilaksanakan selepas program ini tamat, kita akan jemput wakil agensi terlibat untuk buat cabutan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian MATTA Fair Melaka 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta Timbalan Presiden MATTA, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah.

Mengulas lanjut, Hock Gin berharap penganjuran MATTA Fair dapat menarik kehadiran seramai 20,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

“Pelbagai diskaun menarik ditawarkan kepada pengunjung pada program kali ini, sudah tentu ia memberikan pulangan kepada mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

635
Kongsi :
Previous post ‘View mahal’ pelantar sawah padi jadi tarikan
Next post ‘YB’ Melaka meriahkan sukan rakyat Festival D’Bendang
Ubah saiz-+=