Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Bagi menghargai usahawan di negeri ini, Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan Anugerah Usahawan Negeri Melaka tidak lama lagi.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, anugerah tersebut bakal mempertandingkan 10 kategori meliputi pelbagai jenis perniagaan.

Ia jelasnya, termasuklah usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS); global; wanita; orang kurang upaya (OKU); belia; digital dan inovasi serta lain-lain lagi yang akan diumumkan kelak.

“Di Melaka terdapat pelbagai jenis perniagaan dan usahawan yang sangat berjaya sehingga dapat menembusi Bursa Malaysia, selain ada di antaranya yang tular dalam negara sehingga menggamit pengunjung dan pelancong.

“Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menerusi Anugerah Usahawan Negeri Melaka bagi memberi pengiktiragan kepada usahawan-usahawan yang berjaya di negeri ini.

“Terdapat 10 kategori akan dipertandingkan dan tiga usahawan terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir, di mana pemenang akan memenangi hadiah berupa sijil, trofi dan geran,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Allex, pengumuman lanjut mengenai Anugerah Usahawan Negeri Melaka akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook rasmi beliau.

“Segala perbincangan, penilaian dan lain-lain akan dibuat oleh jawatankuasa sedia ada oleh Kerajaan Negeri yang mana ia akan diadili sebaik mungkin.

“Jadi, saya menyeru para usahawan untuk mengikuti laman sosial rasmi saya agar tidak terlepas peluang untuk menjadi usahawan terbaik Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post Ab Rauf taja murid di Parlimen Masjid Tanah saksikan Pameran Hang Tuah
Next post Penceritaan kisah ketokohan Dol Said, Othman Shawal bawa tuah
Ubah saiz-+=