MELAKA RAI 9 BAYI MERDEKA

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Ogos – Seramai sembilan bayi merdeka dilahirkan di Melaka bermula jam 12 tengah malam sehingga 10 pagi tadi.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, daripada jumlah itu lapan bayi dilahirkan di Hospital Melaka dan seorang di Hospital Alor Gajah.

Jelas beliau, bayi pertama dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 2024 adalah seorang bayi perempuan pada jam 12.04 tengah malam tadi.

“Daripada lapan bayi merdeka yang dilahirkan di Hospital Melaka, tiga adalah bayi lelaki dan lima lagi merupakan bayi perempuan. Hanya seorang bayi dilahirkan secara pembedahan dan selebihnya secara normal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Program Bayi Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem

Menurut Rais, program berkenaan merupakan acara tahunan oleh Kerajaan Negeri bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada bayi merdeka.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM9,000 bagi menyampaikan sumbangan berupaa hamper barangan bayi dan wang saguhati kepada bayi-bayi berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

322
Kongsi :
Previous post GADIS BERBUSANA KLASIK BAWA SEMANGAT JIWA MERDEKA
Next post MELAKA JADI PILIHAN JENAMA-JENAMA BESAR
Ubah saiz-+=