Melaka pilihan pelabur kerana politik stabil, dasar ekonomi jelas – PM

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 22 April – Pemilihan Melaka menjadi salah satu pusat pelaburan dunia adalah tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut beliau, Melaka di bawah pentadbiran Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memiliki kestabilan politik, selain dasar ekonomi yang jelas.

“Selain itu, dasar seperti transisi digital, peralihan tenaga, pelan perindustrian baharu juga dapat membantu pelabur melihat kekuatan (sesebuah negeri).

“Terima kasih Ketua Menteri Melaka kerana usaha beliau dapat memacu pelaburan dan seterusnya mengatur Melaka bukan sahaja terkenal sebagai negeri pelancongan bersejarah, bahkan menjadi negeri berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz; Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Menteri dan Timbalan Menteri; Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meminta Kerajaan Negeri Melaka terus memberi tumpuan terhadap bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam membantu menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir di negara ini.

“Saya harap akan ada perubahan sikap dan minda untuk rakyat memusatkan perhatian ke arah bidang TVET ini untuk mengelakkan kita daripada ketinggalan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

269
Kongsi :
Previous post PM setuju tambah peruntukan TVET Melaka
Next post Aidilfitri MADANI Melaka 2024 gemilang, luar biasa – KM
Ubah saiz-+=