Melaka pertaruh muka baharu di SUKMA 2024

Masa Membaca:58 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Melaka bakal mempertaruhkan lebih ramai atlet muda dan muka-muka baharu untuk beraksi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung 17 hingga 24 Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, ia memandangkan lebih ramai atlet yang beraksi pada temasya sebelum ini telah melepasi had umur 21 tahun seperti yang ditetapkan.

Meskipun begitu, beliau tetap percaya penampilan muka-muka baharu itu tetap berupaya menghadiah 20 kilauan pingat emas seperti yang disasarkan sebelum ini.

“Dengan penampilan lebih ramai muka-muka baharu, sasaran pingat kita pada setiap acara sukan juga turut berubah.

“Namun begitu, kita tetap yakin dengan atlet-atlet yang dipilih memandangkan Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka telah membuat penilaian dan melihat prestasi semasa serta pencapaian kali ini lebih cemerlang.

“Sasaran kita masih mengekalkan 20 pingat emas dan kita berharap kita berjaya merealisasikannya pada edisi kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Wang Saguhati Kepada Atlet Negeri Melaka Yang Layak ke Sukan Olimpik 2024, di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah MSN Melaka Mohd Asri Ninggal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post JKM Melaka mohon KPWKM tambah pegawai kendali kes
Next post Laksana empat kaedah tangani beban pegawai JKM
Ubah saiz-+=