Melaka pergiat program advokasi atasi isu sosial, kekeluargaan

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 5 Julai – Kerajaan Negeri akan giat melaksanakan program advokasi kepada ibu bapa dan anak-anak di negeri ini berkaitan isu kekeluargaan bermula Ogos depan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata isu yang akan diutamakan membabitkan keselamatan dan permasalahan anak-anak.

Katanya, program terbabit akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di semua tiga daerah di negeri ini.

“Usaha melaksanakan program advokasi ini dilihat perlu berikutan terdapat peningkatan kes membabitkan masalah disiplin anak-anak di sekolah.

“Ia termasuklah kes pengambilan rokok elektronik (vape), rokok dalam kalangan pelajar sekolah tanpa mengira jantina.

“Lebih merisaukan apabila terdapat kes sumbang mahram serta pelbagai lagi isu sosial yang perlu ditangani di rumah oleh ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Bapa 2024 Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah LPPKN, Dr. Annita Mohd Hedzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital, Zahiruddin Ahmad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post Kakitangan MBMB manfaatkan Telegram ‘MyMelaka News’
Next post Pelajar ‘straight A+’ SPM mahu ikut jejak ibu
Ubah saiz-+=