MELAKA IKRAR ‘PERANGI’ MASALAH TELEKOMUNIKASI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 26 September – Usaha menambah pembinaan menara telekomunikasi baharu diteruskan bagi memastikan masalah jaringan liputan jalur lebar di negeri ini dapat diselesaikan.

Itu fokus utama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan demi memastikan rangkaian telekomunikasi di negeri ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan memperkenalkan program program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menyelesaikan masalah telekomunikasi khususnya di kawasan luar bandar.

“Masalah ini kita kesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana anak- anak belajar di rumah, khususnya di kampung-kampung tidak mendapat liputan internet yang baik.

“Alhamdulillah sekarang dengan pembinaan menara telekomunikasi oleh Melaka ICT Holdings (MICTH) ia dapat menyelesaikan masalah telekomunikasi di Melaka seiring dengan hasrat rakyat dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV.

Menurut Fairul Nizam selain menerima aduan menyelesaikan masalah liputan jalur lebar, pihak juga melakukan ujian liputan selular di seluruh negeri bersama agensi, jabatan dan syarikat telekomunikasi terlibat.

“Menerusi ujian ini kita dapat berbincang dengan semua Telco terlibat bagaimana cara untuk selesaikan masalah telekomunikasi di kawasan aduan.

“Dahulu telekomunikasi ini dilihat sebagai aksesori sahaja, namun kali ini kerajaan telah mengiktiraf telekomunikasi sebagai utiliti ketiga negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

213
Kongsi :
Previous post EKSPO TVET@KKDW BUKA PELUANG PENGAJIAN, PEKERJAAN
Next post PEMBUKAAN SEMULA LTAM BAWA REZEKI KEPADA RAKYAT
Ubah saiz-+=