Melaka Bila Larut Malam Edisi Ketiga gamit lebih 10,000 pelancong

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 4 Ogos – Seramai 10,125 kemasukan pelancong membabitkan 11 lokasi tumpuan seluruh negeri direkodkan sepanjang penganjuran Melaka Bila Larut Malam, malam tadi.

Exco Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penganjuran memasuki Edisi Ketiga pada Ogos merekodkan sambutan positif membabitkan pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, kesemua produk pelancongan yang menawarkan tiket kemasukan serendah RM10 pada sambutan bulanan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Pada sambutan kali ini, kunjungan pelancong ke Bangunan Stadhuys mencatat kemasukan tertinggi iaitu seramai 4,395 orang.

“Ia diikuti, perkhidmatan Melaka River Cruise iaitu 1,907, Menara Taming Sari seramai 1,100, Zoo Melaka pula seramai 891 pelancong dan seramai 695 pelancong telah berkunjung di Panggung Bangsawan Melaka.

“Selain itu, seramai 356 pelancong turut direkodkan telah berkunjung ke muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) diikuti Malaysia Heritage Studios iaitu 431 orang, Muzium Penjara Malaysia Melaka seramai 166 orang, Cool Ghost Muzium, 81 orang diikuti, Kolam Air Panas Cherana Putih, seramai 75 orang dan Kolam Air Panas Jasin pula 28 orang, “ katanya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post Kes culik Albertine Leo: Polis tahan semula suspek
Next post Ekspo Islam perkenal Melaka pada negara luar
Ubah saiz-+=