MBMB terima peruntukan RM15,000 bagi Kempen Pengurusan Anjing Terbiar

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KOTA LAKSAMANA 23 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima peruntukan berjumlah RM15,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan program membabitkan Pengurusan Anjing Terbiar.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata peruntukan itu digunakan bagi menguruskan masalah anjing terbiar sekitar taman perumahan hingga keย  kawasan perindustrian.

Katanya, bertindak atas aduan, MBMB dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) giat menjalankan aktiviti bagi menguruskan anjing terbiar menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat.

“MBMB dengan kerjasama NGO terlibat sebenarnya menjalankan program atau aktiviti membabitkan anjing terbiar ini setiap bulan, antaranya melibatkan kembiri namun, kempen seperti memberi taklimat atau program utama merupakan acara tahunan.

“Bermula Mei hingga Jun, MBMB menerima lebih 20 permohonan lesen termasuk adopsi anjing terbiar. Kita juga mahu menyatakan bahawa penangkapan anjing terbiar dan liar ini bukan mudah, kerana ia memerlukan strategi, jadi pihak MBMB perlu memasang jerat serta pelbagai lagi untuk membuat tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Kempen Pengurusan Anjing Terbiar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Warisan Dunia Jonker Walk, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Mengulas lanjut, Shadan turut memaklumkan kesemua anjing terbiar yang ditangkap pihaknya akan diletakkan di kawasan penyimpanan haiwan terbiar MBMB di Batu Berendam.

“Kita juga mahu berterima kasih kepada pihak NGO yang prihatin terhadap nasib haiwan terbiar. Anjing terbiar ini pihak MBMB akan beri kepada NGO terpilih untuk dirapikan, dijaga kesihatan serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post Kongsi ilmu hak harta pusaka
Next post Bola sepak wanita Melaka makin menyerlah
Ubah saiz-+=