MBMB tambah baik notis perubahan laluan Zon Bebas Kenderaan

Masa Membaca:58 Saat

MACHAP JAYA, 21 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman mengenai sebarang perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri,  Datuk Rais Yasin berkata, perkara itu bagi memudahkan pergerakan kenderaan dalam tempoh pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

“Kita (Kerajaan Negeri Melaka) mengambil maklum semua aduan rakyat dan sentiasa menambah baik isu berkaitan perubahan laluan atau lencongan jalan di Zon Bebas Kenderaan.

“MBMB akan lebih cakna tentang pengeluaran notis berkenaan agar tidak menimbulkan masalah kerana diingatkan juga yang pelaksanaan ini bukan lagi tempoh percubaan tetapi untuk menambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Machap Jaya, semalam.

Mengulas lanjut, jelasnya sepanjang pelaksanaan tersebut sejak Ogos tahun lalu, pelbagai peluang perniagaan dibuka kepada orang ramai termasuk peniaga Pahlawan Walk yang kini semakin diterima ramai.

“Saya yakin dan percaya pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan ini demi kelangsungan serta kebaikan bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga peniaga di zon tersebut.

“Jadi saya harap orang ramai tidak akan lagi terus menerus mempolemikkan isu tersebut” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post TMM2024: Pelancong Johor, Kuala Lumpur menang cabutan bertuah
Next post Aidilfitri Machap Jaya kongsi kemeriahan bersama Orang Asli
Ubah saiz-+=