MBMB perkasa agenda bandar pintar

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDA HILIR 23 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited akan terus mengaplikasikan lebih banyak penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan membudayakan inovasi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, sasaran itu adalah selaras dengan anugerah penarafan tahap pertama iaitu sebagai Smart City Early Adopter diterima menerusi program Penarafan Bandar Pintar Malaysia, baru-baru ini.

Shadan, penganugerahan itu adalah berdasarkan kepadaย pelbagai inisiatif diwujudkan dalam kawasan pentadbiran MBMB yang menyentuh aspek pembangunan teknologi, ICT dan inovasi.

Jelasnya, ia merupakan salah satu pencapaian tertinggi dan berhasrat akan terus memastikan kriteria yang diperlukan dalam program itu diperluaskan bagi mencapai tahap sebagai sebuah bandaraya pintar di Melaka.

“Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia telah menerima pengiktirafan ini dan di Melaka hanya MBMB serta Majlis Perbandaran Alor Gajah dinobatkan menerima anugerah ini.

“Kita akan terus melangkah kehadapan untuk mencapai pengiktirafan seterusnya iaitu Anugerah Developing Smart City pada masa akan datang.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan MBMB dalam mencapai kriteria tersebut seperti pemasangan teknologi dalam sistem trafik di kawasan bandaraya, stesen pengesan pintar, pengesan banjir serta banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival ICT dan Inovasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2024 diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, semalam.

Karnival diadakan itu telah dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Media melaporkan, program Penarafan Bandar Pintar Malaysia terdiri daripada empat tahap iaitu Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City dan Visionary Smart City.

Penarafan program itu adalah julung kali diperkenalkan melalui PLANMalaysia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025.

Ia bertujuan mengiktiraf peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar berpandukan indikator dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

107
Kongsi :
Previous post Nasi himpit ‘retort’ boleh tahan 2 tahun
Next post Perluas pembudayaan ICT, Inovasi seluruh Melaka
Ubah saiz-+=