MBMB pasang 111 buah CCTV pantau lalu lintas, tingkat keselamatan

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 30 April – Usaha berterusan bagi membantu melancarkan lalu lintas sekitar Bandaraya Melaka diteruskan dengan pemasangan 111 unit kamera litar tertutup (CCTV).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata pemasangan CCTV itu bukan sahaja dapat membantu melancarkan lalu lintas, namun pada masa yang sama meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk setempat.

Katanya, pasukan CCTV dan Unit Trafik Jabatan Penguatkuasaan MBMB akan memantau lokasi dilengkapi CCTV pada setiap masa.

“Menggunakan CCTV ini kita boleh memantau lokasi tumpuan pelancong seperti Jonker Walk, Bandar Hilir dan beberapa lokasi lain pada masa sebenar.

“Warga bandaraya, pengunjung atau pelancong juga mendapat manfaat hasil daripada pemasangan CCTV, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini lalu lintas menerusi itrafik.gov.my,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata usaha penyuraian sekitar Bandaraya Melaka akan ditambahbaik dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post Tiada lagi isu ‘sekolah tumpang’ di Durian Daun – Sulaiman
Next post Mayat pesara tentera ditemukan dalam semak
Ubah saiz-+=