MATTA fokus aktiviti ‘island hopping’ di Taman Laut Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 11 Ogos – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka mewujudkan aktiviti ‘island hopping’ sebagai produk pelancongan baharu di Taman Laut Melaka.

Presiden MATTA Melaka, Goh Hock Gin berkata inisiatif itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan Pulau Undan, Pulan Nangka dan Pulau Dodol yang dianggap sebagai permata di perairan Selat Melaka.

“Kita luaskan lagi skop pelancongan Negeri Melaka, bukan setakat pelbagai tarikan sekitar Banda Hilir, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah dengan suasana tenang dan mendamaikan di Taman Laut Melaka menerusi aktiviti ‘island hopping’.

“Selain dibawa mengelilingi pulau, pengunjung juga boleh merasai suasana romantik, melihat matahari terbenam pada waktu senja,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian MATTA Fair Melaka 2024 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta Timbalan Presiden MATTA, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah.

Mengulas lanjut, Hock Gin berkata MATTA Melaka juga akan terus melaksanakan pelbagai usaha untuk mempopularkan lagi Taman Laut Melaka dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Melaka mempunyai pelbagai produk pelancongan yang menarik, dan salah satunya adalah aktiviti ‘island hopping’ ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1497
Kongsi :
Previous post KIFAM bantu mualaf, Orang Asli tingkat kemahiran
Next post Teruja lihat orang ramai ‘berkubang’ di bendang
Ubah saiz-+=