MASIH RAMAI MINAT BERPIDATO

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 13 September – Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka dianjurkan sejak 2021 merekodkan peningkatan penyertaan pada setiap tahun.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, bagi tahun ini pertandingan itu berjaya menarik seramai 3,755 peserta dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Hee Sem berkata, penyertaan kali ini meningkat kepada 123 peratus berbanding tahun pertama dianjurkan pada 2021 dengan hanya 970 penyertaan peserta seluruh negara.

“Saban tahun jumlah penyertaan meningkat, pada 2022 kita menerima 1,229 penyertaan dan tahun lalu pula seramai 3,040 peserta seluruh negara.

“Tahun ini enam kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan) seramai 1,716 orang; Sekolah Menengah (Bergandingan) 1,808 orang; Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seramai 88 orang; Awam seramai 58 orang; Bukan Melayu 85 orang dan Pendidikan Khas bagi Sekolah Rendah serta Menengah dengan masing-masing seramai sembilan penyertaan.

“Bagi tahun hadapan kita sasarkan pertandingan ini akan disertai 4,000 peserta,” katanya ketika ditemui pada Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2024 diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Perasmian pertandingan akhir itu telah disempurnakan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta tetamu lain.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, berdasarkan perkembangan positif itu pihaknya menyasarkan pertandingan berkenaan akan pemidato mewakili negeri di pantai timur, utara dan borneo pada masa akan datang.

“Kita juga harap penyertaan daripada kaum lain juga meningkat,” katanya ketika

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

137
Kongsi :
Previous post PERTANDINGAN PIDATO TIUP SEMANGAT PERPADUAN, NASIONALISME
Next post ARMY RED WARRIOR ‘GEGAR’ BANDA HILIR MALAM ESOK
Ubah saiz-+=