Lebih 10,000 meriahkan Mini KUD @ Festival D’Bendang Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SUNGAI RAMBAI 11 Ogos – Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang Melaka 2024 mencapai sasaran apabila merekodkan lebih 10,000 pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, selaku penganjur pihaknya amat berbesar hati apabila orang ramai berpusu-pusu meluangkan masa berkunjung ke festival selama tiga hari itu bagi merasaikan kelainan yang disediakan.

“Saya lihat sasaran yang kita mahukan seramai 10,000 orang itu ada apabila sehingga jam 1 petang tadi lebih 10,000 hadir memeriahkan program.

“Seawal 7 pagi lagi apabila tiba di sini, saya lihat orang ramai sudah berpusu-pusu datang bagi menjayakan aktiviti yang diadakan.

“Contohnya, bagi pertandingan memancing sahaja dimaklumkan kira-kira 2,000 orang berada di sekitar sungai termasuk peserta,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Merasmian Mini Karnival Usahawan Desa @ Festival D’Bendang Melaka 2024 yang dirasmikan Timbalan Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Tambah Siti Faizah, penganjuran festival kali ini juga disifatkan luar biasa apabila pihak penganjur masih menerima penyertaan sehingga saat-saat akhir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1221
Kongsi :
Previous post TPM umum RM1.5 juta anjur Mini KUD @ D’Bendang tahun depan
Next post Sungai Rambai dilantik DUN Angkat UPM
Ubah saiz-+=