Kongsi ilmu hak harta pusaka

Masa Membaca:53 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Jun – Seramai 250 peserta Bengkel ‘Terokai Indahnya Hidup Bersyariat’ diberikan penerangan mengenai tanggungjawab waris terhadap hak harta pusaka.

Bengkel anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu menghimpunkan saudara baharu (mualaf), guru pembimbing mualaf, Skuad Sukarelawan Balai Islam dan Pengurus Jenazah Wanita Negeri Melaka.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata, bengkel itu secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuan peserta dalam kalangan mualaf di negeri ini.

“Terdapat juga penerangan mengenai wang tidak patuh syariah yang diperjelaskan secara terperinci menerusi bengkel ini.

“Bengkel ini juga platform bagi menyelesaikan fardu kifayah dalam masyarakat supaya ilmu faraid tidak dilupakan.

“Justeru, MAIM akan meneruskan bengkel seperti ini di masa akan datang supaya dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bengkel berkenaan di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Mohd Nasir Wahab; Peguam Syarie Perunding Harta Pusaka, Muhammad Nazmi Kamis; Penceramah Program, Prof Dr. Datuk Mohd Farid Ravi Abdullah dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post Perluas pembudayaan ICT, Inovasi seluruh Melaka
Next post MBMB terima peruntukan RM15,000 bagi Kempen Pengurusan Anjing Terbiar
Ubah saiz-+=