Kerajaan Negeri sumbang 61 ekor lembu korban

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI BENDAHARA 13 Jun – Sebanyak 10 agensi dan jabatan Kerajaan Negeri tampil menyumbangkan 61 ekor lembu bernilai RM366,000 bagi memeriahkan lagi ibadah korban di Melaka sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ternakan berkenaan akan diagihkan kepada 28 Japerun, 13 agensi kerajaan dan swasta, 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk surau serta masjid.

Menurut beliau antara agensi yang menyumbangkan ternakan bagi ibadah korban itu adalah Kumpulan Melaka Berhad; Perbadanan Melaka (MCORP); Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam); CMI Infra; Perbadanan Melaka Holding (CMI); Pembangunan Pertanian; Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); Lembaga Perumahan dan Yayasan Melaka.

“Selepas ini 13 syarikat pembekal akan mengedarkan lembu korban ke lokasi-lokasi yang telah disenaraikan bermula pada 16 Jun 2024 (Ahad).

“Sebagai simbolik penerimaan penyerahan lembu korban ini, kita akan menyampaikan tali kepada penerima yang hadir antaranya 10 Exco mewakili 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Lembu Korban kepada wakil Japerun dan agensi untuk Hari Raya Aidiladha di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Kemudahan dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, ketua-ketua jabatan dan berisan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post MIER jangkakan pelarasan minimum untuk subsidi RON95
Next post Ibu bapa Zayn Rayyan beredar selepas bayar ikat jamin
Ubah saiz-+=