Kelantangan pembesar suara masjid, Melaka junjung titah Agong

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkaitan kelantangan pembesar suara masjid ketika memberi ceramah, bacaan al-Quran, solat dan kuliah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu bagaimanapun akan diteliti daripada pelbagai sudut.

Katanya, sebagai Ketua Agama Islam, titah Sultan Ibrahim itu perlu dipatuhi semua negeri termasuk Pulau Pinang; Melaka; Sabah; Sarawak; Sabah dan Wilayah Persekutuan.

“Kita sedang memperhalusi dan melihat daripada pelbagai sudut mengenai titah tuanku, kerana kita tahu tujuannya bagi menghargai keharmonian yang ada.

“Jadi sekiranya garis panduan ini mengambil kira pembesar suara dalam kawasan, kita ikut lokaliti,” katanya pada sidang media selepas Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah laungan azan yang menggunakan pembesar suara sama ada di masjid mahupun surau wajar dilakukan secara lantang apabila masuk waktu lima solat fardu setiap hari.

Seri Paduka Baginda bagaimanapun bertitah penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran, solat fardu dan kuliah agama pula perlu terhad dalam kawasan masjid atau surau sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3419
Kongsi :
Previous post Melaka cakna kebajikan mantan Adun
Next post Pusat pelancongan swasta tunjuk minat sertai Melaka Bila Larut Malam
Ubah saiz-+=