Kejohanan Ragbi Merdeka Ke-67 dari 30 Ogos hingga 1 September ini

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 25 Jun – Bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, Persatuan Ragbi Negeri Melaka menganjurkan Kejohanan Ragbi Merdeka ke-67 di Stadium Hang Tuah dari 30 Ogos sehingga 1 September depan.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, 32 pasukan bakal berentap pada kejohanan itu termasuk wakil antarabangsa dari Thailand, Indonesia dan Singapura.

Img 4169
HAMEED.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, kejohanan itu nanti bakal dimeriahkan lagi dengan pertandingan ragbi veteran dan ragbi membabitkan pelajar sekolah bawa 14 tahun.

“Penganjuran kejohanan ragbi bersempena Bulan Kebangsaan ini kita jemput pasukan-pasukan luar dan tempatan, hanya kategori lelaki sahaja yang dipertandingan dengan tawaran hadiah menarik.

“Pada masa sama juga kita adakan program poket, kita panggil veteran-veteran yang pernah mewakili negara untuk turut serta dalam acara ragbi veteran.

“Pelbagai acara sampingan menarik yang kita akan susun untuk memeriahkan kejohanan terbabit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata pihaknya turut menjemput lapan pasukan dari sekolah terpilih untuk acara bawah 14 tahun.

“Acara untuk pelajar sekolah ini bertujuan untuk beri pendedahan kepada mereka mengenai pertandingan dan perlawanan sebenar ragbi dalam gelanggang.

“Keseluruhan aktiviti masih disusun untuk perancangan dan nilai hadiah bakal ditawarkan akan dimaklumkan dalam masa terdekat apabila ia sudah dimuktamadkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post Teruja, pertama kali tunai umrah
Next post Sambutan Hari Yoga di Melaka meriah
Ubah saiz-+=