Jelajah subsidi diesel beri penerangan pada golongan sasar

Masa Membaca:53 Saat

SERI NEGERI 10 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka menerusi Pejabat Daerah Negeri Melaka giat melaksanakan Program Jelajah Rasionalisasi Subsidi Diesel bersama masyarakat di negeri ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, program itu platform bagi perkongsian maklumat dalam membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan subsidi bersasar.

“Program ini telah dilaksanakan pada 14 Jun lalu di Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang berbentuk libat urus dan sesi penerangan melibatkan rakan strategik serta agensi berkaitan seperti syarikat minyak.

“Melalui program jelajah tersebut kita berkongsi maklumat bagi menyelesaikan isu-isu mengenai kumpulan sasar yang layak menerima subsidi bersasar.

“Sebarang permohonan pendaftaran secara dalam talian (sekiranya perlu) boleh dibuat semasa sesi tersebut dan sekiranya masih tidak dapat, boleh kunjungi pejabat KPDN Melaka di Wisma Persekutuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

103
Kongsi :
Previous post Empat projek penambahbaikan sistem pengangkutan jalan darat
Next post DUN Melaka lulus Usul Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka
Ubah saiz-+=