GB4B komited bersama bangunkan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SERI BENDAHARA 29 Julai – Gerakan Belia 4B (GB4B) akan mengatur langkah berganding bahu bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan inisiatif dan mesej yang tepat disampaikan secara terus kepada golongan belia.

Pengerusinya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, pihaknya menyambut baik saranan menjadikan belia sebagai ‘booster leader’ kepada Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri ini.

Katanya, sebagai langkah awal pihaknya akan memastikan gerakan di bawah badan bukan kerajaan (NGO) itu diperluaskan dengan penggunaan pendigitalan yang mampu menjadi medium dalam memperluaskan insiatif dan saranan kerajaan.

“Perlaksanaan kaedah digital telah digerakkan menerusi pertubuhan ini yang mana kita membangunkan sistem keahlian digital yang boleh mengakses nombor telefon dan e-mel ahli.

“GB4B menggunakan medium media sosial untuk membantu Kerajaan Negeri menyebarkan insiatif dan program-program menarik yang perlu disertai golongan muda di Melaka.

“Kita menyambut baik usaha ini, sekali gus menggalakkan dalam kalangan ahli untuk memberi sokongan kepada kepimpinan di masyarakat, kampung dan negeri ini agar belia menerima maklumat yang lebih tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B (GB4B) Negeri Melaka Kali ke-51 dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Seri Bendahara, semalam.

Hadir sama, Pengerusi GB4B Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Naib Pengerusi Gerak Wanis Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli serta tetamu lain.

Dalam pada itu katanya, pihaknya akan memastikan jaringan antara belia bersama masyarakat akan terus diperkasa menerusi pelbagai penganjuran program di negeri ini.

“Dengan keterlibatan ini ia akan membawa satu jalinan antara belia dan masyarakat yang akan mengenali antara satu sama lain dalam pelbagai bentuk kepelbagaian dan mampu menyampaikan setiap maklumat yang tepat berhubungan insiatif yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post Kementerian Pertahanan harap UPNM pastikan kes Zulfarhan tidak berulang
Next post Memorial Tun Abdul Ghafar Baba terbuka kepada semua
Ubah saiz-+=