Dua lagi produk pelancongan sertai Melaka Bila Larut Malam

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 11 Julai – Penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam edisi kedua pada 13 Julai ini akan disertai dua lagi produk pelancongan negeri iaitu Melaka Cool Ghost Museum, Kampung Hulu dan Malaysia Heritage Studios, Ayer Keroh.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penglibatan dua produk pelancongan swasta itu ekoran kejayaan program terbabit pada edisi pertama 1 Jun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Program Melaka Bila Larut Malam bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.

“Kesemua produk-produk pelancongan yang menyertai Program Melaka Bila Larut Malam ini seperti edisi Jun lalu, seperti Zoo Melaka; Melaka River Cruise; Menara Taming Sari; Muzium Penjara Malaysia Melaka; Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Panggung Bangsawan akan meneruskan program tersebut dengan penambahan dua produk pelancongan baharu.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan penyertaan pihak swasta dengan mengenakan harga tiket RM10.

“Selain itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) turut menyertai program ini dengan menganjurkan Car Free Zone@ Santai Alor Gajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Razak menjawab soalan lisan daripada Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) mengenai penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post UNIMEL adakan kunjung hormat ke Melaka Hari Ini
Next post Melaka cadang buka klinik kesihatan pada hari Ahad
Ubah saiz-+=