Daripada pensyarah jadi guru anak istimewa

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 1 Mei – Sanggup beralih kerjaya daripada pensyarah di institusi swasta kepada guru anak-anak istimewa, Annur Khalisah Mohamad Raffee tidak kekok ketika melaksanakan tugas baharunya itu.

Biarpun lari daripada kursus diikuti di universiti, namun Annur Khalisah menganggap ia satu cabaran menjadi guru anak-anak istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.

“Alhamdulillah kali ini saya bawa seorang anak didik saya iaitu Puteri Nur Anis Mohd Hisham, 16, untuk menyertai pertandingan manik kreatif pada Karnival Kebolehpasaran Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

“Sebenarnya agak mencabar untuk mendidik anak ini kerana dia dikategorikan sebagai anak yang mempunyai masalah kefungsian rendah iaitu perlu dididik daripada bawah.

“Mereka ini tidak banyak kerenah cuma memerlukan perhatian lebih daripada guru, biarpun tidak banyak ragam tetapi kadang kala mereka kerap mengadu penat,” katanya ketika ditemui pada karnival itu yan berlangsung di Melaka Mall di sini, semalam.

Ditanya mengapa bertukar kerjaya kepada guru pelajar istimewa, Annur Khalisah berkata ia didorong minatnya untuk mendekati anak tersebut.

“Saya belajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak, tetapi dihantar ke sini pada Disember lalu untuk pendidikan khas.

“Jadi ini memang betul-betul pengalaman baharu saya, di sekolah saya melatih 11 orang anak-anak istimewa ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

449
Kongsi :
Previous post Naik taraf rupa fizikal jejambat Bandaraya Melaka
Next post Arkib Nasional Belanda sambut baik kerjasama lengkapkan kajian Hang Tuah
Ubah saiz-+=