BELI PAKEJ MELANCONG MENANG MOTOSIKAL, DAPAT NAIK KAPAL MEWAH

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 September – “Saya tak pernah menang cabutan bertuah, tak sangka kali pertama masuk terus menang hadiah utama sebuah motosikal,” kata Lim Teck Koon, 65.

Teck Koon berkata demikian ketika berkongsi kegembiraan selepas menang sebuah motosikal yang juga Hadiah Utama cabutan bertuah sempena MATTA Fair Melaka 2024 berlangsung baru-baru ini.

Katanya, dia singgah ke MATTA Fair Melaka 2024 untuk membeli pakej percutian ke luar negara bersama isteri dan menghantar borang untuk menyertai cabutan bertuah disediakan pihak penganjur.

“Memang saya sudah ada motosikal di rumah, jadi motosikal baharu ini mungkin saya akan berikan kepada anak,” katanya.

Terdahulu Teck Koon menerima hadiah cabutan bertuah tersebut yang disampaikan Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin, semalam.

Img 20240903 212710 821
KWEE Guek menenangi tempat kedua dengan percutian di atas sebuah kapal persiaran mewah pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Matta Fair Melaka 2024 di Noble Resort Hotel, Banda Hilir. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, Tan Kwee Guek, 62, tidak sabar untuk membawa suaminya bercuti dengan mengikuti pelayaran kapal persiaran mewah.

Ia selepas dia diumum memenangi tiket menaiki kapal persiaran mewah bernilai hampir RM5,000 bagi perjalanan dari Klang, Selangor, Vietnam dan Hong Kong.

“Sepanjang pelayaran nanti saya berpeluang habiskan masa bersama suami. Seronok naik kapal mewah sebab banyak makanan yang sedap-sedap, terima kasih kepada pihak MATTA Fair kerana beri peluang kepada saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

151
Kongsi :
Previous post PAMERAN ‘TEPEN’ DEDAH IDENTITI BUDAYA
Next post MATTA FAIR AJAK ORANG MALAYSIA KE MELAKA
Ubah saiz-+=