Anak perantau tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rim

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

RIM 14 April – Lebih 7,000 jemputan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, rumah terbuka kali ini diadakan waktu siang bagi memberi peluang kepada lebih ramai perantau yang pulang ke kampung halaman untuk beraya.

“Alhamdulillah bila kita buat waktu siang lebih ramai tetamu dapat datang termasuklah anak-anak bekerja di luar Melaka yang pulang ke kampung halaman untuk beraya tahun ini.

“Sebenarnya jemputan kita jam 11 pagi tetapi jam 9.30 pagi sudah ramai tetamu datang, ramai anak-anak luar Melaka yang singgah rumah terbuka ini bersama keluarga mereka.

“Ada lebih 20 juadah kita sajikan buat tetamu termasuklah menu klasik seperti pisang goreng, cekodok, cakoi, ketupat, nasi tomato, sate dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka DUN Rim.

Penganjuran rumah terbuka berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh.

Turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post Acuan arwah nenek penyambung legasi kuih karas
Next post Kejadian tembak di KLIA Terminal 1 bersifat peribadi – Polis
Ubah saiz-+=