Aidilfitri Machap Jaya kongsi kemeriahan bersama Orang Asli

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MACHAP JAYA, 21 April – Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya tidak kurang hebatnya apabila lebih 3,000 tetamu yang hadir termasuk masyarakat Orang Asli, malam tadi.

EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, selain dikunjungi masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India, kehadiran 150 masyarakat Orang Asli membuktikan bahawa tiada golongan yang dipinggirkan dalam menyambut lebaran.

Katanya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut turut menampilkan persembahan istimewa daripada anak-anak masyarakat pribumi itu sebagai pentas menonjolkan bakat mereka di hadapan tetamu yang hadir.

“Saya tidak mahu mereka ketinggalan merasai kemeriahan Aidilfitri sama seperti masyarakat lain memandangkan di sini pun terdapat tujuh perkampungan Orang Asli.

3197e80a 3199 4442 942a 1cc44744bc06
PERSEMBAHAN tarian anak-anak Orang Asli menghiburkan tetamu yang hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Machap Jaya. Foto Aufa ‘Izzati

“Saya turut menyediakan kemudahan bas percuma untuk membawa mereka ke sini.

“Sambutan agak meriah walaupun banyak jemputan rumah terbuka pada malam ini tetapi ramai yang sanggup datang daripada jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Majlis Rumah Terbuka DUN Machap Jaya di Japerun Machap Jaya, malam tadi.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Rumah Terbuka Aidilfitri Machap Jaya menyajikan pelbagai juadah tradisional hari raya seperti cucur udang, lempeng, sate, roti canai, apam balik dan banyak lagi.

Tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan ‘live band’, gesekan biola daripada adik Adawiya dan maskot kartun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

107
Kongsi :
Previous post MBMB tambah baik notis perubahan laluan Zon Bebas Kenderaan
Next post Lebih 5,000 pengunjung meriahkan sambutan Rumah Terbuka Gadek
Ubah saiz-+=