5 pekerja pembersihan Melaka terima anugerah

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Jun – Seramai lima pekerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd di negeri ini menerima anugerah pekerja cemerlang pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Pembersihan Peringkat Negeri Melaka.

Majlis anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka di sebuah hotel itu bertujuan mengiktiraf peranan pekerja pembersihan sebagai antara petugas barisan hadapan dalam memastikan negeri ini bersih dan selesa.

Anugerah tersebut disampaikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, anugerah tersebut disifatkan sebagai pembakar semangat buat pekerja pembersihan yang telah berkorban kudrat dan tenaga memastikan kebersihan dan keselesaan rakyat di negeri ini.

“Kami amat berbesar hati apabila pihak SWCorp Melaka memberikan anugerah ini kepada pekerja pembersihan SWM Environment Melaka sebagai tanda penghargaan di atas dedikasi dan kecemerlangan penerima ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja pembersihan.

“Petugas kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam serta kakitangan adalah tulang belakang kepada pengoperasian SWM Environment. Usaha mereka dilaksanakan tanpa henti sering tidak disedari, namun mereka memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan dan keindahan Negeri Melaka.

โ€œTugas sebagai pekerja pembersihan sangat penting kepada pembangunan sesebuah negara dalam menjaga kebersihan serta keindahan persekitaran, golongan ini terus komited menjalankan tugas demi kebersihan dan keindahan,โ€ katanya.

Tambah beliau, peranan pekerja pembersihan SWM Environment turut menjadi antara penyumbang kepada pengiktirafan Bandaraya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selepas menerima anugerah ‘Clean Tourist City Standard’ (ACTC) pada Januari lalu.

“Anugerah ini bukan sahaja memberi pengiktirafan dan galakan motivasi kepada penerima malah akan menjadi dorongan kepada tenaga kerja pembersihan yang lain dan pihak SWM Environment akan terus menyediakan tenaga kerja yang berkualiti bagi memenuhi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Pada majlis itu, Sabri Ibrahim, 50 yang telah berkhidmat selama 15 tahun menerima Anugerah Pekerja Pembersihan Cemerlang Negeri Melaka, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

Sementara empat lagi pekerja pembersihan SWM Environment menerima nugerah Pekerja Pembersihan Cemerlang Cawangan iaitu Azman Abd Aziz (Bandaraya Melaka Bersejarah), Othman Mohd (Alor Gajah), Azahari Mohd Yunus (Jasin) dan Khamis Omar (Hang Tuah Jaya).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5925
Kongsi :
Previous post Potensi Melaka sebagai hab gentian kaca dunia
Next post ‘Bayar cukai taksiran, elak premis disita’
Ubah saiz-+=