3,000 dijangka meriahkan Kenduri Rakyat Sungai Rambai

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SUNGAI RAMBAI 16 Jun – Dijangka lebih 3,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan menghadiri Kenduri Rakyat yang diadakan di Masjid Al- Mukminun, Seri Mendapat, di sini, petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata, sebanyak lima ekor lembu, dua kambing dan 150 ekor ayam akan ditumbangkan untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.

Lebih istimewa, katanya, makana untuk jamuan itu dihasilkan secara rewang bersama penduduk kampung sejak pagi tadi.

“Untuk Program Kenduri Rakyat, kita panggil masyarakat daripada tiga kampung iaitu Kampung Lembah Kesang; Seri Mendapat dan Lanchang untuk bersama-sama menghadiri Kenduri Rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada Program Korban dan Kenduri Rakyat 2024 anjuran Japerun Sungai Rambai bersama UMNO Bahagian Jasin di Masjid Al-Mukminun, Seri Mendapat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Jasin, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata secara keseluruhan DUN Sungai Rambai dari hari pertama hingga hari ketiga Hari Raya Aidiladha, sebanyak 150 ekor lembu telah dikorbankan mengikut kawasan masing-masing.

“Alhamdulillah, saya bersyukur setiap kawasan dan kariah masjid-masjid dalam DUN Sungai Rambai dapat menjalankan ibadah korban,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

84
Kongsi :
Previous post Wanita warga emas rugi lebih setengah juta diperdaya ‘Pegawai NSRC’
Next post ‘Rider Grab’ maut dirempuh ketika beri laluan untuk ambulans
Ubah saiz-+=