3 atlet Melaka beraksi di Olimpik terima ‘duit poket’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Tiga anak Melaka yang bakal beraksi di Olimpik Paris menerima wang saguhati daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Penyerahan wang saguhati itu berupa RM3,000 setiap seorang telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, tiga atlet kelahiran Melaka yang beraksi di pentas Olimpik kali ini adalah Aaron Chia (badminton/beregu lelaki); Toh Ee Wei (badminton/beregu campuran) dan Johnathan Wong (Menembak/10m air pistol).

Menurut Shanmugam, selain pemberian wang saguhati, Ketua Menteri turut menitipkan kata-kata semangat kepada atlet agar dapat mengharumkan nama negara dan Negeri Melaka di pentas dunia.

“Mewakili Kerajaan Negeri, kita mendoakan natlet-atlet ini agar dapat beraksi dengan cemerlang untuk membolehkan kita melihat anak Melaka memenangi sekurang-kurangnya satu lagi pingat di Sukan Olimpik.

“Kejayaan itu, sudah pastinya bukan sahaja mengharumkan nama negara, bahkan dapat mengangkat nama Negeri Melaka di persada dunia,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Menurut Shanmugam, selain wang saguhati, atlet yang berjaya memenangi pingat di apa jua acara sukan juga bakal menerima imbuhan atau ganjaran daripada Kerajaan Negeri.

“Seperti sebelum ini, Aaron Chia yang memenangi pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020 telah dinobat sebagai olahragawan terbaik Melaka dan turut menerima hadiah wang tunai yang disampaikan Ketua Menteri,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2534
Kongsi :
Previous post Pelbagai promosi pelancongan bersama Fan Bingbing
Next post Gabung tiga negeri jadi Jelapang Padi Selatan
Ubah saiz-+=