16 Politeknik ambil bahagian Kejohanan Ragbi POLY 7s

Masa Membaca:52 Saat

MERLIMAU 22 Jun – Sebanyak 16 pasukan mewakili politeknik seluruh negara berentap di gelanggang Kejohanan Ragbi POLY Tujuh Sebelah (7s) 2024 berlangsung hari ini dan esok.

Pengarah Program kejohanan, Shariduddin Mohd Yusof berkata penganjuran itu dijayakan hasil kerjasama Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dengan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sebagai tuan rumah.

Katanya, kejohanan mengekalkan kategori lelaki dan wanita yang akan berformatkan dua pusingan awal bagi peringkat kumpulan, diikuti pusingan kalah mati bagi suku akhir serta akhir.

“Saya berharap penganjuran kejohanan kali ini akan menyediakan platform buat semua pasukan bertanding untuk beraksi secara lebih Kompetitif pada peringkat lebih tinggi.

โ€œPenganjuran kejohanan kali ini menjadi serampang dua mata dalam melahirkan bakat baharu yang berpotensi selain mengetengahkan bahawa sukan ragbi ini juga sesuai bagi kaum wanita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shariduddin berharap kejohanan itu menjadi medan bagi atlet dalam kalangan penuntut politeknik menimba pengalaman selain meningkatkan prestasi masing-masing.

” Ini penting untuk menjadikan kejohanan ini terus berdaya saing dan relevan dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post ‘Bayar cukai taksiran, elak premis disita’
Next post Memerang tersesat masuk rumah
Ubah saiz-+=